Assalamualaikum w.b.t~
Alhamdulillah.... Hari2 minggu dihabiskan dgn perkara2 bermanfaat, InsyaAllah... ketika orang lain lalai dan leka mengejar kehidupan dunia yg sementara dan sngt2 rendah disisi-Nya, kita ditaqdirkan oleh Allah, walau bukan lame, sekejap untuk meneguk ilmu Allah sebagai bekalan ke alam akhirat yang kekal abadi..InsyaAllah... Alhamdulillah....
Walau pon, kecewa dgn ketidakhadiran jasad ke fakulti ketika mana kehadiran Kak Fatimah Syarha yg julung2 kalinya datang ke sana, tapi Alhamdulillah berjaya juga bersua muka, beramah mesra walau seketika cuma ketika sesi bedah buku "Sebarkan Cinta-Mu" di Ekspo Buku Islam yang pertama kalinya diadakan di KL Central.. Alhamdulillah...
Sebuah Novel Tauhid yang pasti menyetuh kalbu, mengetuk minda bagi manusia yang dahagakan ilmu-Nya yang tidak terkira bnyknya... banyak persoalan2 fikah yang telah digarap dan dicanai elok, dan diolah dengan begitu sempurna dalam bentuk fiksyen.. Secara kasarnya, Ibu Dhiya' ialah watak utama dalam novel ini, seorang ibu dan bekerja sebagai tukang cuci di sebuah kolej swasta. Merupakan seorang pelajar cemerlang di pesantren suatu ketika dulu, tp disebabkan masa lampaunya *nak tau kene bace sendiri sebab diri sendiri pon xtau, x bace lagi! baru je beli tadi.. haih!* beliau end up dgn bekerja sbgi seorang cleaner.. Mempunyai seorang anak yang belajar diluar negara, dan di sekolah swasta itu juga beliau rapat dgn seorang pelajar bernama Sarah yang memiliki rupa paras persis anaknya.. Sarah ini dibesarkan dalam keluarga poligami. Dan semasa di kolej, die telah dilamar oleh pensyarahnya yang sudah berkahwin.. Pensyarah ini adalah seorang yang pakar jugak la dalam bidang agama, dan die menggunakn hujah2 agama die untk mengajak Sarah berpoligami.. Tp, Sarah merasakan dia telah dipaksa dan Islam seolah2 agama yang memaksa dan tidak sensitif dgn perasaan dan naluri seorang wanita.. jadi bagaimanakah penulis memainkan watak Ibu Dhiya' untuk membantu Sarah menyelesaikan konflik ini??
Makanya, marilah kita khatamkan buku ni sama2... Ni sinopsis yang Kak Fatimah Syarha bagi time slot bedah buku tu lah... cikit je, xde la bnyk sngt.. sebab beliau cerita pasal mesej2 yang beliau nak samapaikan melalui novel beliau lagi banyk... *tak sabar nak bace, tp ad buku2 beratur untuk dihabisin... =.='*
| Ni pon antara part paling best!! :DDDD Habis jugak la RM 71.10 semasa ke sana.. oh, tidak!! tu pon, da control nafsu tu!! haih~ Kenyang buku je la... |
Nota Hati : Jihad untuk menang atau Syahid di jalan-Nya!!

Pjgnye Fuuuhh~ Excited pulak tgk buku ni. Nnt dah abis baca review la ye..pls. Mesti ramai yg nak pinjam buku tu lps ni, kan?
ReplyDeletep/s: 10 sen tu kira jugak eh? Duit habis kenyang ilmu takpe.
nak sebar jauh2, so kene la fuuuuuuuuuuhh yg pnjg, 10 harakat.
ReplyDeletedunia skrang 10 sen pon kira kot. Review? tngk la sempat ke x.. InsyaAllah~~