Monday, December 5, 2011

Aku Lemas...

Assalamualaikum w.b.t ~

Aku lemas
Terkapai-kapai di lautan sendirian
Cuba untuk menggapai
Cuba untuk mencari tangan yang menghulur
Namun, 
Harapan itu
Hanya tinggal harapan
Harapan kian pudar
Dek lautan ganas
Terasa begitu luas tiada tepian..

Aku kian lemas
Lemas menangkis gelombang deras
Seolah-olah menarikku bersamanya
Namun,
Bukan itu yang ku mahu
Bukan itu yang ku rela
Bukan itu fitrahku.

Aku kian lemas
Aku tekad untuk menongkah
Biar pun samudera rakus
Menampar mukaku
Melukakan tubuhku
Melumpuhkan anggotaku
Aku harus kuat
Aku perlu cekal
Aku wajib tabah
Biar pun sendirian
Kerana mustahil ia akan reda
Mana mungkin naga ganas bertukar penguin alim
Yang pasti pipit jinak mampu manjadi garuda liar
Demi sebuah kehidupan hanya untuk-Nya...

Tanjung Rambutan - Ampang
051211 @ 1515 pm

Mintak maap tuan sampul kad, ilham datang tanpa diduga dikala musafir  kelaparan.... hehe.... xde kertas untuk dicoret.. :D

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Alhamdulillah.... perjalanan yang cukup panjang hari ni... 12 jam la lebih kurang... Menziarah saudara2 di Hospital Bahagia Ulu Kinta... Terasa diri ni sangat kerdil, sangat bersyukur dianugerahkan Allah dengan nikmat a'qal yang sihat.... Tp, malu rasanya jika a'qal yang sihat ni x digunakan dgn sebaiknya... Mereka mungkin tidak bernasib baik seperti kita, dah tentu2 tanggungjawab ke atas mereka gugur.. nak jadi pemimpin kat diri sendiri pon x mampu, apatah lagi nak pimpin orang lain... Kita? Jangan tanya apa bakti negara pada kita, tp tanyalah apa bakti kita pada negara? Dan yang paling penting apa bakti kita pada Islam?

Bangunlah batu-bata berapi Islam, saksikanlah Islam sedang naik dan mereka sedang tidak lena tidur menantikan kejatuhan mereka!!

Wallahua'lam...
P/s : Perjuangan tak pernah selesai. Perjuangan x pernah kenal erti lelah. Selagi Islam tak tertegak dibumi Allah ini... ok, jom buat seminar.. eheh... :D

2 comments: