Showing posts with label tazkiyatunnafsiiii. Show all posts
Showing posts with label tazkiyatunnafsiiii. Show all posts

Tuesday, July 17, 2012

Chad, Fend...

Assalamualaikum wbt~

Ramadhan dah nak datang...

Are you ready?



Bile kite start nak masuk sekolah baru, kita akan excited plan segale bende...

especially, bile dapat masok sekolah idaman.

Kalo bole x nak ad yg missed nanti...

Kalo bole nak perfect.. lengkap.

N bile nak exam, kite dah countdown dari awal tahun..

Dah siap jadwal cantik2, tinggal pangkah2 je nanti..

nota pon memang tip top, jadi pujaan ramai.. 

sume org nak pinjam nak fotostat.

dah plan all out la, make sure every topic kene cover...

dari basic sampai la master level..

kalo bole nak dapat dean list.. hehe..

baru masyukkkk~

Dah prepare dah nak g Madrasah Ramadhan?

Tinggal 2 hari je lagi....

Alamak!!




RAMADHAN KAREEM~

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Ps: Bile nak masuk Ramadhan ni teringat plak dekat Fend n arwah Chad.. Hidayah itu perlu dicari... Mesti Chad heppy sekarang... Allah panggil die time2 tu jugak... Tp, Alhamdulillah hidayah datang tepat pada masanya dan berjaya masuk ikot pintu yg betul.. :D Macam mne dgn Fend plak eh? Ape cerite die skrang.. Hmmm... 

"the man that decided to change on the

twelfth hour dies on the eleventh."


The best novel by Hlovate that I ever had! Contengan Jalanan..



Thursday, May 17, 2012

Alien masuk 7E.

Assalamualaikum w.b.t~

Rase macam selalu je n banyak je mende nak kongsi.. Tp, kadang2 malas n mase yg x mengizinkan menyebabkan terbantutnye niat murni dihati..  sebab bile dah mula menaip, akan susah utk berhenti padahal lebih bnyk sampah dari isi.. huhu...

Bila dah makin dekat nak exam, rase macam dah makin hilang plak semangatnyer.. sebab makin nak exam, rasenye makin bnyk plak mende yg x tahu... x tahu! bukan x ingat.. kalo x ingat tu, xde la kecewa sngt sebab manusia ni mmg fitrahnye pelupa pon..=.='" *ceh, fitrah konon padahal..* Bila dah bergelumang dalam bulatan gembira ni, bila stress bole jadi lebih tenang, lebih cool.. walau pon sifat 'panas baran' tu mmg susah nak buang.. Tp, bile kite tngh marah kita akan try senyum jugak.. walau pon macam kambing kot senyumnye... *jgn tnye camne kambing senyum sebab ak pon x penah tngk.. ce tnye kat Imam Google*  Tp, terlalu tenang pon x bagus jugak.. wawawa~ exam makin dekat! kene pecut dah nih.. Ni asyik nak tido je taunyer.... haih~ x produktip lansong!

oh. Alien masuk 7E! haha... ceritenye gini.. Sejak 2 menjak ni, salu la gak keluar malam.. balik lambat dlm pkl 1 lebih camtu... hmm.. paling kurang seminggu sekali.. hehe... sye buat mende baik kot. x kacau org pon.. oh, ye nak jadi ceritenye, malam tu mcm biase dlm pkl 1 lebih cm2, balik dari ..... singgah la 7E.. dgn sorg ukhti ni.. nak carik air sejuk bagi mengisi tekak yg kosong.. carik roti mengisi perot yg lapar.. bile masuk je.. sume org pandang... *ade la 2 ke 3 org pekerje n beberapa org customer lain...* apesal kn? ktorg x pakai baju ker kn? haha... mesti la x... Ktorg elok je pakai baju kurung lagi, elok je bertudung litup.. apekah yg alien sngtnye kn? Next2 customer yg masuk pon dok pandang2.. sebenarnye ak x perasan, dok buat hal sendiri je.. Tp, ukhti lagi sorg ni yg perasan.. huhu~

Bila pikir2, dorg ni pelik kot.. ape la 2 org bdk pempuan ni buat malam2 buta, x reti nak balik ker... dah la pakai baju kurung siap bertudung sume.. nasib baik ak x pakai jubah hitam tudung hitam.. sume org lari keluar kot.. ades~ Realiti keadaan di Malaysia, wut so-kol-Negara-Islam-konon. Org Islam yg mengamalkan Islam yg sebenar adalah asing di kaca mata orang Islam sendiri... Bila kita nak ubah kaca mata nih?



Sesungguhnya Islam datang dalam keadaan asing dan akan kembali pula dalam keadaan asing, maka berbahagialah orang-orang dikatakan asing.
(HR. Muslim dari hadith Abu Hurairah dan ibnu Umar radhiallahu 'anhuma)

Meraka ini dipanggil golongan Ghuraba'

Golongan2 yg berusaha untuk mengamalkan ajaran Islam yg sebenar.. 

Allahu a'lam...











Sunday, May 13, 2012

Kata Sayang....

 Assalamualaikum wbt~

Apa khabar iman?

" Dan jika kamu menghitung nikmat Allah, nescaya kamu tidak akan mampu menghitungnya! " ~ 16:18

Orang kate, *bukan saye kate* berkatalah benar meski pon pahit.. Ades~

Kita kate, kita sayang saudara2 kita kat Gaza, kat Iraq, kat Syria, kat Afganistan... Kita 'care' kat dorang.. Hari2 doakan mereka...



Ya Allah, Tuhan yang menurunkan Al-Qur’an dan yang menggerakkan awan,
Tuhan yang menewaskan tentera-tentera Ahzab,
Tewaskanlah mereka dan berilah pertolongan kepada kami untuk menewaskan mereka.
Cukuplah Allah bagi kami sebaik-baik penolong.
Tidak ada daya dan kekuatan kecuali dengan Allah.

Tp, kita sumbang duit kepada Yahudi laknatullah untuk beli peluru2 untuk bunuh mereka... Sekarang, ape cer?
Jom! Kata saje x cukup, kite kene buktikan dgn tindakan... sebagaimana makna IMAN yg dah 'stuck' dlm kepale otak kita sejak kecik lagi kn.. Iman ialah mengaku dalam hati, membenar dgn lidah dan dibuktikan dgn perbuatan dan tindakan kita.. Nak jadi org beriman kene setel 3 komponen ni.. Maka, JOM!! *bole mintak komisen dgn k.aisyah ni dok promote majalah JOM..kuang3x* perubahan perlu bermula dgn diri sendiri.. sebab Allah takkan ubah 'iman' kita itu kecuali kita tak ubah  'lman' yg ada dalam hati... :D
Wassalam...


Monday, December 19, 2011

Jihad!!

Assalamualaikum w.b.t ~

" Tidakkah sama antara orang beriman yang duduk (yang tidak turut berperang) tanpa mempunyai uzur (halangan) dengan orang yang berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwanya. Allah melebihkan darjat orang orang2 yang berjihad dengan harta dan jiwanya atas orang2 yang duduk (tidak ikut berperang tanpa halangan). Kepada masing2, Allah menjanjikan (pahala) yang baik (syurga) dan Allah melebihkan orang2 yang berjihad atas orang yang duduk dgn pahala yang besar, (yaitu) beberapa darjat dari pada-Nya, serta ampunan dan rahmat. Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang "

An-Nisa' 4 : 95 -96

Allah... besarnya pahala orang yg berjihad... Bile cerita pasal jihad atau perang, mesti tergambar pedang, tombak, kuda, perisai, panji2 la kn.... Eh? x eh? ooooo... ni perang zaman dulu..... Perang sekarang gune bom nuklear, kereta kebal, peluru berpandu.... zaman dah canggih.... Tp, malangnya setiap dari kita ni x sedar kite tngh kene serang dan tanpa kita mintak, tanpa kita sedar kite memang berada di medan pertempuran.... Kita x sedar kot... Memang senang2 la kita kalah.... Kalah tanpa sedar jugak.... Bahagia jek... *kesian kat diri sendiri.. =.=' * JOm la kita, tinggalkanlah jahiliah, berperang dengan nafsu bertuhankan syaitan tu.... 



Wassalam....

Friday, December 9, 2011

New heart.

Assalamulaikum w.b.t~

Bila jiwa kacau risau tentang masa depan,

Bila hati sesak dengan karenah manusia yang tidak memahami,

Bila jiwa sukar berlapang dada,

Bila hati disempitkan dengan sangkaan buruk terhadap saudara lain,

Bila hati sentiasa ingin marah,

Bila akal lupa tujuan asal hidup,Bila diri terasa enak berlingkar dengan maksiat,
Bila hati mula berjinak dengan nafsu yang Allah tidak redha.

Bila hati puas melakukan perkara yang tidak berbuah amal,

Bila jasad duduk enak tanpa berbuat ma'aruf.

Bila air mata terlalu sukar untuk dititiskan untuk-Nya,

Bila hati mula mengeras,

Bila fikiran melayang untuk perkara sia-sia,

Bila hati mula berputus asa terhadap rahmat dan nikmat-Nya.

Bila diri mula meminta yang berlebihan,

Bila hati mula meminta untuk yang bukan haq,

Bila diri rasa sudah cukup,

Bila lidah terlalu keras untuk mengalunkan zikir.

Bila cemburu terhadap nikmat dan rezeki insan lain,

Bila diri berpura baik di hadapan manusia,

Bila hati merasa perbuatan dosa sebagai tidak apa,

Bila diri sentiasa mahu dipuji.

Bila hati tidak yakin dengan janji-Nya,

Bila diri menyesal dengan setiap taqdir-Nya,

Bila hati sentiasa mencari aib dan salah orang lain,

Bila diri sentiasa ingin memuaskan selain dari Allah.

Bila hati merasa bebas dari jagaan Allah,

Bila merasa diri milik mutlaq diri sendiri,

Bila hati merasa aman melanggar amanah,

Bila merasakan tiada yang lebih penting melainkan diri sendiri.

Bila diri terlalu banyak beralasan,

Bila setiap perbuatan tidak terniat untuk Allah,

Bila diri mula berasa berat untuk sembah dan sujud kepada-Nya,

Bila telinga lebih enak dilagukan dengan selain ayat-ayat suci-Nya.

Bila mulut lebih senang berbicara tentang dunia dari manisnya syurga,

Bila redha manusia lebih dicari daripada redha Allah,

Bila merasa cinta manusia lebih asyik daripada cinta Allah,

Bila hati tidak rindu untuk bertemu-Nya,

Bila hati mula disempitkan dengan dunia,

Bila diri sombong tidak mahu meminta kepada-Nya,

Bila setiap akal, jiwa dan jasad terikat dengan dunia.
Hati itu bukan hati aku lagi..
Heal my heart ya Allah..
Bless me with a new heart..
So, I can reinstall a new 'iman' and 'taqwa' software from your original 'Al-Quran' stall~


Monday, December 5, 2011

Aku Lemas...

Assalamualaikum w.b.t ~

Aku lemas
Terkapai-kapai di lautan sendirian
Cuba untuk menggapai
Cuba untuk mencari tangan yang menghulur
Namun, 
Harapan itu
Hanya tinggal harapan
Harapan kian pudar
Dek lautan ganas
Terasa begitu luas tiada tepian..

Aku kian lemas
Lemas menangkis gelombang deras
Seolah-olah menarikku bersamanya
Namun,
Bukan itu yang ku mahu
Bukan itu yang ku rela
Bukan itu fitrahku.

Aku kian lemas
Aku tekad untuk menongkah
Biar pun samudera rakus
Menampar mukaku
Melukakan tubuhku
Melumpuhkan anggotaku
Aku harus kuat
Aku perlu cekal
Aku wajib tabah
Biar pun sendirian
Kerana mustahil ia akan reda
Mana mungkin naga ganas bertukar penguin alim
Yang pasti pipit jinak mampu manjadi garuda liar
Demi sebuah kehidupan hanya untuk-Nya...

Tanjung Rambutan - Ampang
051211 @ 1515 pm

Mintak maap tuan sampul kad, ilham datang tanpa diduga dikala musafir  kelaparan.... hehe.... xde kertas untuk dicoret.. :D

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Alhamdulillah.... perjalanan yang cukup panjang hari ni... 12 jam la lebih kurang... Menziarah saudara2 di Hospital Bahagia Ulu Kinta... Terasa diri ni sangat kerdil, sangat bersyukur dianugerahkan Allah dengan nikmat a'qal yang sihat.... Tp, malu rasanya jika a'qal yang sihat ni x digunakan dgn sebaiknya... Mereka mungkin tidak bernasib baik seperti kita, dah tentu2 tanggungjawab ke atas mereka gugur.. nak jadi pemimpin kat diri sendiri pon x mampu, apatah lagi nak pimpin orang lain... Kita? Jangan tanya apa bakti negara pada kita, tp tanyalah apa bakti kita pada negara? Dan yang paling penting apa bakti kita pada Islam?

Bangunlah batu-bata berapi Islam, saksikanlah Islam sedang naik dan mereka sedang tidak lena tidur menantikan kejatuhan mereka!!

Wallahua'lam...
P/s : Perjuangan tak pernah selesai. Perjuangan x pernah kenal erti lelah. Selagi Islam tak tertegak dibumi Allah ini... ok, jom buat seminar.. eheh... :D

Monday, October 24, 2011

Kamu Yang Perlukan Allah!!!!

Assalamualakum w.b.t ~

" Wahai manusia! Kamulah yang perlukan Allah dan Allah Dialah Yang Maha Kaya (tidak memerlukan sesuatu), Maha Terpuji. Jika Dia menghendaki, niscaya Dia membinasakan kamu dan mendatangkan makhluk yang baru (untuk menggantikanmu). Dan yang demikian itu tidak sulit bagi Allah... " ~ 
35 : 15 - 17



Allah dah cakap dah, Dia tak perlukan kita pon, kalaulah kita ni memang hamba yang tak reti bersyukur, selalu lalai alpa leka dengan dunia, senang2 je Dia bole tarik nyawa kita dengan aper care sekalipon... senang sngt.. kacang goreng, Tak sulit sedikit pon! Dia boleh gantikan dengan makhluk lain yang lebih baik dari kita... Tp, sayangnya Dia kat kite ni, Dia bagi kita nikmat yang tak terhingga, nikmat hidup supaya kita ni sedar diri, bagi kita peluang untuk untuk membaiki diri jadi hambaNya... Allah cakap dah, kita yang perlukan Dia, Dia tak perlukan kita pon... Susah sangat ke nak jadi hamba yang bersyukur? Susah ker? 

Wallahua'lam....

Thursday, October 20, 2011

Golongan Ghuraba'

Assalamualaikum w.b.t ~

" Islam bermula dengan asing dan ia akan kembali seperti permulaannya, maka berbahagialah golongan Ghuraba' "... Sahabat Nabi bertanya kepada Baginda : " Siapakan Ghuraba' Ya Rasulullah?? " Baginda bersabda : " Mereka ialah golongan yang memperbaiki keadaan yang dirosakkan oleh manusia. "

H.R Ahmad 




Adakah kita di dalam golongan itu???

Wallahua'lam dan Wassalam...

Nota Hati : Kadang-kadang kite kene pekakkan telinga, butakan mata dan jadi tidak berperasaan dan kebal.

Saturday, October 8, 2011

Ustazah Pilihan vs Solehah

Assalamualaikum w.b.t ~

Adakah ini wanita-wanita akhir zaman acuan Al-Quran?





Indah peribadi, serikandi, berdakwah, kelembutan, ketaatan hakiki, wanita terbilang, tabah cekal, kebahagiaan, harta paling agung, teguh taqwa, akhlak terpuji, pesona diri, jiwa berilmu, beriman, beramal, seberhana, sakinah, memelihara maruah diri.. ehem. *cough*

Dari ibu-ibu inikah bakal lahir pengganti Muhammad? Pengganti Al-Fateh? *cough*

Apa kate ustaz pilihan?


Mampu ke nak jage sume2 tu wahai wanita?


Pastikan anda :

- Warganegara Malaysia
- Wanita Islam
- Berumur 18 hingga 27 tahun
- Berkelulusan sekurang-kurangnya SPM/STAM
- Berpengetahuan dalam Agama Islam
- Menutup Aurat

Pencarian Ustazah Terbilang sudah bermula, pelapis dakwah buat Muslimah... Namun, malangnya anda sudah terlambat.. haha..
 erk~

Amende r mende alah ni sume..
Akhir kate, tepuk dada tanya iman la wahai wanita muslimah sekalian...
Semoga kite tidak tergolong dalam golongan yang dimurka Allah..

" Dan sungguh, Al-Quran itu benar-benar menjadi petunjuk dan rahmat bagi orang-orang yang beriman. Sungguh, Tuhanmu akan menyelesaikan (perkara) di antara mereka dgn hukum-Nya, dan Dia Mahaperkasa Maha Mengetahui " ~ 27: 77 -78

Wallahua'lam...

Sunday, July 24, 2011

Unidiopathic Liver Carcinoma

Assalamulaikum....

Hati terase ingin mencoretkan sesuatu, tangan terase gatal untuk menaip, tapi akal yang waras terase ade sesuatu hijab yang menghalang dan terase seperti neuron-neuron tidak bersambung antara satu sama lain.. Akal, hati dan amal bercelaru! huh..@.@

Ape yang pasti, untuk mengubah orang lain untuk berubah adalah lebih susah dan payah daripada mengubah diri sendiri untuk berubah.. Dan perubahan itu semestinye perubahan yang membawa kite lebih kenal siapa Dia.. Kalo kite berkawan dengan orang yg menjual minyak wangi, pasti bau wangi tu, kalau tak banyak pon, sikit pasti akan tempias kat kite.. kalo kita berkawan dengan orang2 yang banyak mengingatkan kita tentang Dia, pasti tempiasnya akan terasa juga.. melainkan hati kita dah mati.. Imam Ghazali dah pesan, “Carilah hatimu di tiga tempat… Temui hatimu sewaktu bangun membaca Al Quran. Tetapi jika tidak kau temui, carilah hatimu ketika mengerjakan solat. Jika tidak kau temui juga, kau carilah hatimu ketika duduk tafakkur mengingati mati. Jika kau tidak temui juga, maka berdoalah kepada Allah, pinta hati yang baru kerana hakikatnya pada ketika itu kau tidak mempunyai hati!”


Bace Al-Quran? Bole cari hati? bukan faham pon.. ok, dah tau x faham, sile la usaha untuk paham.. Dan Al-Quran tu dari Die memang ditujukan untuk hati.. bukan akal! Tadabburlah Al-Quran dengan hati! Nescaya, kita akan jumpe hati kita kat situ.. Dan yang pasti, kalo dengan mengingati mati, kita tak jumpe lagi hati kita, memang hati kita dah mati!! Mati itu pasti, hidup itu InsyaAllah.. kenape kita perlu bersusah payah bertungkus lumus utk sesuatu yang belom pasti, kenape kita tak bertungkus-lumus bersengkang mata untuk sesuatu yang pasti? iaitu MATI!


hati ni ke yang kita cari?
Wallahua'lam..


Nota Hati : Wahai hati dah sedia ke untuk ucap Ahlan Wasahlan Ramadhan?

Saturday, June 25, 2011

Malam 27 Rejab 620M, setahun sebelum hijrah...

Assalamualaikum w.b.t....

Sebagai manusia yang sering terlupe dan terleka.... Jom ingat2kan kembali.... Walau pon, 27 Rejab 1432H jatuh pada hari Rabu minggu depan, memandangkan minggu depan laptop dan blog ni bakal diabaikan dan ape salahnya kalau kite gune waktu lapang sebelum sibukkan.? So, ni kire wasiat terakhir la... ade jugak pekdah dan manfaatnye, sekurang2nya xde la ak cerita mende2 mengarot dekat korg2 yang bace secare senyap2 dan bising2 ke dalam belog ini..... kalo ditakdirkan ini pertemuan terakhir kite.... tsk..tsk...

1) Apakah itu Israk dan Mikraj?

Perkataan Israk berasal dari perkataan asra-yusrii-israan yang membawa maksud "berjalan pada waktu malam". Maksud Israk dalam peristiwa ini adalah perjalanan Nabi Muhammad SAW dari rumah Ummu Hani binti Abu Talib di Masjidil Haram, Makkah ke Baitul Maqdia di Palestin pada malam 27 Rejab.

Perkataan Mikraj berasal dari araja yang bermaksud naik. Maksud Mikraj dalam peristiwa ini ialah Nabi Muhammad SAW telah naik ke langit mengadap Allah SAW dan menerima perintah mengerjakan solat 5 waktu.

2) Apakah dalil yang menyatakan peristiwa Israk dan Mikraj ini?

Dalil Naqli peristiwa ini adalah berdasarkan firman Allah SAW dalam surah Al-Israa' ayat 1 yang bermaksud:

"Maha Suci Allah yang telah menjalankan hambaNya pada satu malam dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa yang telah kami berkati sekelilingnya, untuk kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda (kebesaran) Kami, sesungguhnya Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui"

Manakala hadis dari Rasulullah SAW bermaksud:

"Pada suatu ketika, waktu aku masih di Mekkah, atap rumahku tiba-tiba terbuka, iaitu Jibrail A.S turun dan membelah dadaku, kemudian dibersihkan dengan air zam-zam, sesudah itu diambilnya bejana emas penuh berisi hikmah dan iman lalu dituangkannya ke dadaku dan dipertautkannya. Kemudian dipegangnya tangan ku dan ia membawaku naik ke langit" (Hadis Riwayat Muslim)

3) Bilakan tarikh sebenar berlakunya Israk dan Mikraj?

Ulama berselisih pendapat tentang tarikh sebenar berlakunya Israk dan Mikraj. Walaubagaimanapun, jumhur ulama' bersependapat ia berlaku pada 27 Rejab tahun 620M bersamaan 1 tahun sebelum hijrah.

4) Apakah ia termasuk dalam mukjizat Nabi Muhammad SAW?

Mukjizat merupakan kejadian/kelebihan di luar kemampuan akal manusia yang tidak dimiliki oleh sesiapapun dan hanya dimiliki oleh para rasul yang diberikan oleh Allah SAW. Selain Al-Quran, peristiwa Israk dan Mikraj merupakan salah satu dari mukjizat Nabi Muhammad SAW.

5) Kenapa berlaku Israk dan MIkraj?

Peristiwa tersebut berlaku kerana beberapa faktor:

1. Pada tahun itu dikenali sebagai a'mulhazni (tahun dukacita) kerana Rasulullah SAW telah kehilangan dua orang tersayang iaitu bapa saudaranya Abu Talib dan isteri tercinta Saidatina Khadijah.
2. Rasullullah SAW menerima tentangan yang hebat dari kaum Quraisy dalam kegiatan dakwahnya kepada bangsa Arab jahiliyah. Baginda telah menuju ke Thaif untuk mencari perlindungan dan sokongan dari kabilah Tsaqif. Namun, seruan Islam baginda telah ditolak, malah mereka bertindak dengan kekerasan.

Oleh sebab itu, sebagai penawar, penghibur dan pengubat luka demi memperkukuh dan memperbaharui azam dalam melaksanakan tugasnya sebagai utusan Allah SAW.

6) Adakah Israk dan Mikraj yang berlaku kepada Nabi Muhammad SAW dengan roh dan jasad atau salah satu sahaja?

Jumhur Ulama' (kesepakatan ulamak) hadis (muhaddithin), fiqh (fuqaha) dan tauhid (mutakallimin) menyatakan bahawa Israk dan Mikraj Nabi Muhammad berlaku dengan roh dan jasadnya sekali. Ia juga dinyatakan Imam Nawawi dalam kitabnya Sarah Muslim.

7) Bagaimanakah peringkat2 Israk dan Mikraj Nabi Muhammad SAW?

Rasulullah SAW melalui 4 peringkat iaitu sebelum Israk dan Mikraj, semasa Israk, semasa Mikraj dan selepas Mikraj.

Sebelum Israk dan Mikraj

Rasulullah SAW mengalami pembedahan dada/perut yang dilakukan oleh malaikat Jibrail dan Mikail. Lalu dicuci dengan air zam-zam dan dibuang ketul-ketul hitam (alaqah) yang menjadi tempat syaitan menghembuskan sifat was-was. Lalu dituangkan hikmat, ilmu dan iman. Setelah itu dadaNya dijahit dan dimaterikan dengan "khatimin nubuwwah". Selesai pembedahan, Allah mendatangkan kenderaan Buraq untuk ditunggangi oleh Rasulullah SAW dalam perjalanan luarbiasa yang bernama Israk.

Semasa Israk

Sepanjang perjalanan itu baginda telah diiringi malaikat Jibrail dan Israfil. Apabila berada di tempat tertentu (mulia dan bersejarah), baginda telah di arah untuk bersolat dua rakaat. Antara tempat tersebut ialah:

1. Negeri Thoyyibah (Madinah) - tempat dimana Rasulullah SAW akan berhijrah
2. Bukit Tursina - tempat Nabi Musa menerima wahyu dari Allah SWT
3. Baitul Laham - tempat Nabi Isa dilahirkan

Sepanjang perjalanan itu juga Rasulullah SAW menghadapi gangguan suara-suara dari kiri dan kanan serta orang tua tetapi tidak dihiraukan oleh Baginda. Lalu diterangkan behawa suara2 ialah Yahudi dan Nasrani yang jika dijawab, nescaya umat Nabi Muhammad akan mengikut mereka. Manakala gangguan wanita adalah gambaran usia dunia dan jika sapaan itu dijawab oleh baginda, nescaya umat Muhammad akan lebih cenderung kepada dunia dan meninggalkan akhirat.

Disamping itu, baginda juga menyaksikan beberapa peristiwa dan gambaran menarik seperti yang diceritakan gambarannya oleh malaikat Jibrail iaitu:

1. Kaum yang bercucuk tanam dan terus menuai hasil mereka. Apabila dituai, ia akan mengeluarkan hasil semula. Lalu Jibrail memberitahu kepada Rasulullah SAW bahawa itu adalah satu kaum yang berjihad pada jalan Allah yang digandakan pahala kebajikan mereka. Subhanallah...

2. Tempat berbau harum. Malaikat JIbrail memberitahu bahawa itulah bau kubur Mashitah iaitu tukang sisir rambut anak Firaun bersama keluarga dan anak2 yang dibunuh oleh Firaun dengan dimasukkan kedalam kawah besar yang mendidih airnya. Dia tidak mengaku bahawa Firaun adalah tuhan dan tetap berdiri teguh dan beriman dengan Allah.

3. Sekumpulan orang yang sedang memecah kepala dan setiap kali pecah, ia akan bercantum semula. Ini adalah gembaran orang yang malas melaksanakan solat.

4. Sekumpulan orang yang menutup kemaluan dengan secebis kain. Mereka memakan bara api dan batu neraka jahanam dan dihalau seperti binatang. Ini adalah gambaran orang yang tidak mengeluarkan zakat.

5. Satu kaum lelaki dan perempuan yang memakan daging mentah walaupun ada daging yang masak disisi. Ini adalah gambaran lelaki dan wanita yang melakukan zina walaupun mereka telah berkahwin.

6. Lelaki yang berada di dalam sungai darah dan dilontarkan batu kepadanya. Sebahagian pula berperut buncit seperti rumah dan memasukkan bara api ke dalam mulut. Ini gambaran orang yang makan riba.

7. Lelaki yang menghimpun seberkas kayu sehingga tidak terdaya memikulnya tetapi tetap ditambah lagi. Ini adalah gambaran orang yang tidak mampu menunaikan amanah tetapi masih mahu menerimanya lagi.

8. Satu kaum yang menggunting lidah dan ia akan kembali bercantum selepas itu yang memberi gambaran orang yang suka membuat fitnah!

9. Kaum yang mencakar muka dan dada dengan kuku yang memberi gambaran manusia yang suka mengumpat dan menjatuhkan maruah orang lain.

10. Seekor lembu jantan keluar dari lubang yang kecil dan berusaha memasuki lubang itu semula. Ini adalah gambaran orang yang bercakap besar lalu menyesal tetapi sudah terlambat.

Setelah sampai di Masjidil Aqsa, baginda telah menambatkan Buraq di tempat yang lazimnya oleh nabi2 sebelum ini. Nabi memasuki Masjidil Aqsa bersama malaikat Jibrail lalu bersolat sunatl dua rakaat yang diimami oleh baginda. Manakala para malaikat dan nabi2 sebelumnya menjadi makmum.

Apabila selesai, baginda terasa dahaga lalu datang malaikat Jibrail mambawa bekar berisi susu dan arak seraya mempersilakan Nabi untuk memilih mana yang disukainya. Nabi memilih bekas yang berisi susu. Lantas Jibrail menerangkan, "sesungguhnya tuan telah memilih fitrah, sekiranya tuan mengambil arak nescaya umat tuan akan sesat".

Semasa Mikraj

Semasa meminum susu dari bejana, baginda meneruskan perjalanannya ke langit pertama ditemani malaikat Jibrail. Di langit pertama, baginda bertemu bapa seluruh manusia iaitu Nabi Adam. Nabi Adam didapati sedang duduk di satu tempat dengan dikelilingi manusia yang senyum di sebelah kanan dan menangis di sebelah kiri. Maka diterangkan oleh Jibrail bahawa manusia yang senyum itu adalah cucu Adam yang akan memasuki syurga dan manusia yang menangis pula ialah mereka yang akan masuk neraka. Di langit kedua, Nabi Muhammad bertemu dengan Nabi Isa ibnu Maryam dan Nabi Yahya A.S.

Di langit ketiga, Baginda ditemukan dengan Nabi yang mempunyai rupa paras yang cantik iaitu Nabi Yusuf

Di langit keempat, Baginda bertemu dengan Nabi Idris A.S

Di langit kelima, Baginda bertemu dengan Nabi Harun A.S

Di langit keenam, Nabi Muhammad SAW bertemu Nabi Musa A.S

Di langit ketujuh, Nabi Muhammad SAW bertemu dengan Nabi Ibrahim Khalilullah yang sedang bersandar di Baitul Makmur. Baginda memasuki Baitul Makmur dan sembahyang didalamnya iaitu satu tempat dimana saban hari terdapat 70 juta malaikat bersolat.

Akhirnya, sampailah pengembaraan Nabi Muhammad SAW di satu tempat bernama Sidratul Muntaha. Pada ketikat itu, Rasulullah SAW semakin dekat dengan TuhanNya tanpa ditemani oleh malaikat Jibrail lagi. Dekatnya baginda dengan Allah SWT umpama jarak anak panah sebagaimana dijelaskan surah An Najm ayat 8-9 yang bermaksud:

"Kemudian ia mendekatkan dirinya (Nabi Muhammad SAW) lalu ia berjuntai hingga menjadilah jarak (diantaraNya dengan Nabi Muhammad SAW) sekadar dua hujung busaran panah atau lebih dekat lagi".

Rasulullah menghampirkan diri ke hadrat Allah SWT dengan penuh hormat takzim dengan mengucapkan, "segala penghormatan, kemuliaan dan keagungan hanya milik Allah" Dengan jawapan yang kudus, Allah SWT berfirman " Assalamualaikum Aiyuhannabiyu WarahmatulAllahiWabarakatuh"

Dengan kalimah2 yang khusyuk dan syahdu, Rasulullah SAW mengucapkan "Assalamualaina waala ibadillahis solihin". Kemudian para malaikat serentak mendoakannya.

Ungkapan bersejarah ini kemudian diabadikan sebagai bacaan tasahud (tahiyat) dalam sembahyang.

8) Dalam Mikraj baginda, Rasulullah SAW menerima peristiwa perintah solat. Bagaimana urutan peristiwa itu?

Selepas dialog tersebut, Allah memberi perintah solat fardu untuk diriNya dan umatnya sebanyak 5o waktu sehari semalam. Setelah itu, baginda turun dan tiba dilangit ketujuh dan berjumpa Nabi Musa A.S, lantas ditanya, "Gerangan apakah yang telah engkau terima dari Tuhanmu?" Lantas dijawab oleh baginda "bahawa aku dan umatku telah diperintahkan solat 50 waktu sehari semalam".

Berkata Nabi Musa A.S, "Kembalilah kepada TuhanMu dan pintalah keringanan, kerana umat tuan tidak terdaya mengerjakannya, saya telah cuba sebelum tuan" Lalu Nabi Muhammad SAW kembali menemui TuhanNya untuk meminta dikurangkan. Setelah dapat dikurangkan, maka baginda bertemu lagi Nabi Musa A.S dan beliau meminta dikurangkan lagi. Nabi Muhammad berulang-alik sebanyak 9x sehingga akhirnya Allah perkenankan 5 waktu sehari semalam.

Namun Nabi Musa A.S terus meminta dikurangkan lantas dijawab oleh Nabi Muhammad SAW; "Aku telah redha dan terima serta berasa malu untuk meminta dikurangkan lagi. Sesungguhnya sembahyang 5 waktu itu ganjarannya sama seperti 50 waktu".

9) Apa pula yang berlaku selepas Mikraj?

Nabi Muhammad SAW turun ke langit dunia dan sampai Baitul Maqdis. Dengan tunggangan Buraq bersama malaikat Jibrail terus menuju ke Mekah sebelum waktu Subuh. Baginda sampai di rumah Ummu Hani bin Abi Talib, sepupu baginda. Ummu Hani menceritakan:

"Rasulullah SAW diisrakkan adalah dari rumahku sendiri kerana dia bermalam di rumahku malam ini. Baginda SAW solat Isyak bersama kami. Setelah datang waktu sebelum fajar menyinsing, Rasulullah SAW membangunkan kami. Setelah itu, kami sembahyang Subuh bersama. Setelah selesai so;at, baginda berkata kapadaku: "Hai Ummu Hani, malam tadi aku solat Isyak bersama kamu di lembah ini, kemudian aku pun pergi ke Baitul Maqdis. Di sana aku pun sembahyang. Sekarang aku bersembahyang Subuh bersama kalian kembali" (Riwayat Ummu Hani)

Pagi-pagi selepas Israk dan Mikraj itu, baginda telah menwar-warkan peristiwa yang dialami tetapi orang Quraisy telah mengejek dan menganggapnya sebagai dusta terutamanya Abu Jahal. Ini juga menyebabkan segolongan manusia menjadi murtad.

Saidina Abu Bakar yang menerima perkhabaran itu telah menemui Rasulullah SAW. Baginda bertanya adakah mengakui kebenaran cerita itu?. Maka Abu Bakar berkata, "Kalau Muhammad berkata demikian, tentu benar di dalam perkataannya dan aku benarkan dia (Muhammad) dalam urusan yang jauh dari itu. Aku benarkan dia (Muhammad) dalam urusan wahyu dari langit." Semenjak dari itu, Abu Bakar telah digelar As-Siddiq bermaksud sangat membenarkan oleh Rasulullah SAW..

10. Apakah pengajaran2 yang penting dari peristiwa ini?

1. Setiap ujian yang ditempuh dengan kesabaran pasti akan menikmati kemanisannya seperti Rasulullah SAW yang dianugerahkan Israk dan Mikraj
2. Kekuatan ekonomi, politik dan akidah memainkan peranan penting menentukan kelancaran gerakan dakwah Islam.
3. Perintah solat merupakan ibadah yang paling tinggi tarafnya kerana diterima terus oleh Rasulullah SAW tanpa melalui perantaraan malaikat Jibrail
4. Manusia harus menghindari dari 3 musuh utama yang boleh merosakkan iaitu Yahudi, Nasrani dan keduniaan.
5. Seluruh nabi2 terdahulu mengiktiraf dan menyerahkan kuasa pemerintahan dunia kepada Rasulullah SAW sebagai utusan terakhir.
6. Peristiwa Israk dan Mikraj menjadi titik tolak mengukuh akidah umat Islam dan diterima dengan Iman yang mantap.
7. Israk dan Mikraj menjadi pencetus semangat untuk meneroka ilmu termasuk sains dan teknologi seperti ilmu angkasa lepas yang terlebih dahulu dipelopori oleh Rasulullah SAW.

source

Wallahua'lam.....

Rujukan: Pamplet 10 Soalan tentang ISRAK & MIKRAJ, Bahagian Dakwah Jabatan Agama Islam Selangor..

P/s: Ucapkan tahniah kepada diri anda kerana telah berjaya bace sampai habes dan membuat sesuatu yang bermanfaat sekurang2nya utk diri sendiri dan kemudian disebarkan kepada orang lain...

Friday, June 24, 2011

Teristimewa buat Muslimah

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh.....



Duhai Muslimah sayang..
Indahnya dirimu disisi Islam tercinta
Martabatmu diangkat oleh Tuhan
Dalam agama yang sempurna ini
Sayang sungguh Allah pada kalian...

Duhai Muslimah sayang..
Terciptanya engkau yang mampu menjadi kekeuatan dan kelemahan para Muslimin
Janganlah hendaknya dikau pergunakan cara yang salah
Bukankah tinggi tempatmu tercipta sejak azali?
Teristimewa dari rusuk lelaki pilihanNya..


Duhai Muslimah sayang..
Kini identiti muslimahmu kian hilang
Pada zaman akhir yang penuh kemodenan
Tak kurang jua kejahilan
Dimanakah pegangan agamamu yang pernah teguh dan tegal dulu?


Duhai Muslimah sayang..
Indahnya kalian pada mata Muslimin
Lagi indah jika terhindar dari fitnah hati dan fitnah duniawi
Bagaimana mahu terhindar andai dengan mudah hatimu diberi?
Dengan mudah tubuhmu digauli sesuka hati oleh insan ajnabi.


Duhai Muslimah sayang..
Muslimin menghargai keindahan dan kecantikan padamu
Jangan hilangkan tanggapan yang mahal itu dengan hawa nafsu yang merosakkan
Yang bakal menjatuhkan maruah keluarga
Menjadikan dirimu lemah dan tidak berharga
Tetapi, bangkit jua berjuang dalam agama-Nya..
Menemani Muslimin bersama.


Duhai Muslimah sayang..
Kehidupan bumi tidaklah lama
Yang payah dijaga perlu terus tegas dijaga
Yang mudah binasa perlu kekal terpelihara dari cela dan noda
Hiasi rohani dengan santapan ilmu
Yang menuntun keimanan untuk menjaga kehormatan diri


Duhai Muslimah sayang..
Muslimin juga lemah andai dirimu tidak kuat
Kuatlah dirimu menepis rayuan dan permintaan yang tersembunyi laknat Tuhan
Pintu zina itu sentiasa terbuka andai kalian alpa.
Jangan Muslimah! Muslimin juga tidak sekuat nabi Yusuf menentang hawa nafsunya
Tidaklah jua seperti malaikat yang tidak bernafsu bila melihat dan terlihat
Jangan biarkan dirimu mudah menjadi sntapan pandanganjahat yang tidak mengira tempat
Bisikan rakus yang mengganggu gugat iman, Muslimin sekalian.


Duhai Muslimah sayang..
Dikau sebaik perhiasan
Jika menjadi solehah sebagai pilihan
Bukan hanya perhiasan dunia bahkan hidup seorang Muslimin yang mendambakan bidadari dunia
Jagalah dirimu sebaiknya
Kelak, kau juga akan mendapat kebahagiaan dari-Nya

P/s: Bukan hak milik sendiri... Hak Milik Peribadi saudari Az-Zahratul Hilwa
Wasslam...
Warkah Cinta : Seindah-indah hiasan adalah wanita solehah.. :D