Hati terase ingin mencoretkan sesuatu, tangan terase gatal untuk menaip, tapi akal yang waras terase ade sesuatu hijab yang menghalang dan terase seperti neuron-neuron tidak bersambung antara satu sama lain.. Akal, hati dan amal bercelaru! huh..@.@
Ape yang pasti, untuk mengubah orang lain untuk berubah adalah lebih susah dan payah daripada mengubah diri sendiri untuk berubah.. Dan perubahan itu semestinye perubahan yang membawa kite lebih kenal siapa Dia.. Kalo kite berkawan dengan orang yg menjual minyak wangi, pasti bau wangi tu, kalau tak banyak pon, sikit pasti akan tempias kat kite.. kalo kita berkawan dengan orang2 yang banyak mengingatkan kita tentang Dia, pasti tempiasnya akan terasa juga.. melainkan hati kita dah mati.. Imam Ghazali dah pesan, “Carilah hatimu di tiga tempat… Temui hatimu sewaktu bangun membaca Al Quran. Tetapi jika tidak kau temui, carilah hatimu ketika mengerjakan solat. Jika tidak kau temui juga, kau carilah hatimu ketika duduk tafakkur mengingati mati. Jika kau tidak temui juga, maka berdoalah kepada Allah, pinta hati yang baru kerana hakikatnya pada ketika itu kau tidak mempunyai hati!”
Bace Al-Quran? Bole cari hati? bukan faham pon.. ok, dah tau x faham, sile la usaha untuk paham.. Dan Al-Quran tu dari Die memang ditujukan untuk hati.. bukan akal! Tadabburlah Al-Quran dengan hati! Nescaya, kita akan jumpe hati kita kat situ.. Dan yang pasti, kalo dengan mengingati mati, kita tak jumpe lagi hati kita, memang hati kita dah mati!! Mati itu pasti, hidup itu InsyaAllah.. kenape kita perlu bersusah payah bertungkus lumus utk sesuatu yang belom pasti, kenape kita tak bertungkus-lumus bersengkang mata untuk sesuatu yang pasti? iaitu MATI!
![]() |
| hati ni ke yang kita cari? |
Nota Hati : Wahai hati dah sedia ke untuk ucap Ahlan Wasahlan Ramadhan?


No comments:
Post a Comment