Bibir mengukir senyum di bawah sedar. Nostalgia. Fend mengangguk. " Ingat. Selalu lawan siapa naik juz paling cepat. " Ujarnya dengan ketawa kecil sambil membetulkan sandar tubuh ke dinding 'bilik' mereka. Tarawih dah selesai. Hari dah nak menjengah malam.
Chad turut mengangguk dengan senyum nipis. Dia bersandar di dinding bertentangan Fend. " Tapi, bila dah besar ni, dah hilang rasa excited nak baca Quran tu. " Ujarnya rendah. " Tak tau la tang mana silapnya."
" Sebab kita tak paham maksud and tak feel maybe?" Fend merenung tafsir al-Quran di tangan. Teringat semula kata-kata Akmal waktu bersembang selepas tawarih tadi.
" Aim kita bukan sekadar nak khatam je waktu bulan Ramadhan ni." Ujar Akmal sambil melunjurkan kaki.
" Hmm?" Dah tu?
" Bagi aku, lebih kepada untuk dihayati. Tak apa kalau tak khatam pun." Akmal senyum. "Apa guna kalau khatam baca tapi erti kefahaman ayat-ayat tu sendiri hilang."
Fend terdiam.
" Macam ada satu ayat dalam surah al - Baqarah ada sebut. Ayat seratus lapan puluh lima kalau tak silap. Ayat yang sebut fasal nuzul Quran." Akmal membetulkan letak sandar. "Ayat tu cakap pada bulan Ramadan ni diturunkan al-Quran, untuk jadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan jadi keterangan yang menjelaskan petunjuk dan perbezaan antara yang benar dan yang salah."
"Kau hafal?" Memang kagum sungguh.
Akmal hanya ketawa. "Aku selalu dengar orang sebut." Ujarnya. " Back to the point, ayat tu titik beratkan peranan al-Quran tu sebagai petunjuk dan panduan. Kira void la kalau kita khatam tapi totally missing the major point sebab Quran tu diturunkan.
Fend renung siling masjid.
" Baca Quran ni sepatutnya macam baca novel la. Patutnya lebih lagi daripada tu. Baca Quran ni kene ada feel. Kalau tak, tak bawa makna apa." Akmal sengih. " Kalau orang bace novel tu boleh feel habis sampai menangis-nangis, baca Quran ni patutnya berkali-kali ganda lebih feel daripada tu. Patut habis tisu berkotak-kotak kalau betul-betul boleh hayati kalam Allah ni."
Fend sengih kelat. Nak relate dengan baca novel tu mungkin tak berape sangat kut, sebab die bukan kaki buku macam K2. Tapi kalau untuk feel tu, dia boleh relate dengan feel pada lagu. Memang faham sangat.
" Tu la. Kita ni kadang-kadang berlagak." Akmal senyum segaris. " Kalu baca Quran dengan tafsir, kita sentiasa je letak diri kita jadi 'watak putih' dalam Quran tu. Tapi kita lupa, cukup ke kriteria kita nak jadi 'watak putih' tu? Cukup ke apa yang kita dah buat selama ni untuk bangganya kata 'aku la orangnya yang disebutkan dalam ayat 'wahai orang yang beriman...','wahai orang Mukmin..','golongan-golongan muhsin' tu. Yakin ke kita yang kita ni orang yang Allah sebut dalam Quran tentang orang yang diberi balasan syurga dengan nikmat tak ada limit tu? Betul ke amal kita cukup untuk jadi orang-orang yang Allah sebut tu?"
Teridiam dibuatnya mendengar kata-kata Akmal tu. Memang betul pon tu yang selalu dibuat. Ada jugak la perasan 'beriman' tu. Sebab kita memang orang Islam, boleh kot kalau nak perasan macam tu? Tapi betul juga cakap Akmal. Cukup kriteria ke?
" Sepatutnya kita letak sekali diri kita untuk jadi 'watak hitam'. Bayangkan yang diri kita la orang yang diseksa dalam neraka yang Allah describe dalam Quran tu. Bayangkan kita la orang yang kena azab. Baru la kita lagi berlumba-lumba nak lari daripada golongan-golongan tu. Kita ni sebenarnya kadang-kadang tertipu apabila terlampau berangan sangat yang kita ni la 'watak putih', sedangkan amal kita nak melayakkan kita jadi 'watak kelabu' pun tak cukup qualification." Akmal sengih. " Tu aku punya two-cents la. Kau nak terima tau tak, terpulang."
" Aku rasa masa kecik-kecik dulu aku hafal jugak la satu muqaddam tu. Tapi sekarang ni rasanya asyik ulang baca Fatihah dengan tiga Qul tu je la kut kalau dalam solat." Chad menengadah siling. " Hmmm.."
Fend pandang iPod di tapak tangan. Tak kena gaya kalau nak dengar lagu-lagu dalam iPod tu dalam keadaan sekarang ni. Sebab duduk bermastautin dalam masjid. Tapi apabila fikir balik, memang lagi bagus duduk masjid daripada duduk luar. Fend yakin aje yang kalau dalam keadaan sekarang ni dia bukan jadi 'penunggu' masjid. Entah apa-apa la yang dia buat kat luar tu walaupun tengah Ramadan dan kononnya tengah berpuasa.
iPod mesti masih melekat di telinga dengan lagu-lagu yang dah tentunya tak kena kalau dimainkan dalam masjid. Nak menghabiskan masa dari waktu lepas sahur sampai ke waktu berbuka, kalau tak dipenuhkan dengan tidur sampai separuh hari, mungkin pergi jamming. Tak pun buat movie marathon nak bagi masa berlalu cepat. Tak pun main video game tak ingat dunia.
Puasa ni, bukan hanya tahan lapar dan dahaga di perut aja, Nak Fendy. Puasa itu untuk bersihkan roh. Suara Bapak Tono kembali terdengar di telinga.
" Chad." Fend memanggil rendah.
"Hmm?" Chad alih mata dari naskhah tafsir di tangan.
"Laptop kau ada MP3 audio Quran?"
.... Dan Kami turunkan kepadamu al-Kitab (al-Quran) untuk menjelaskan segala sesuatu dan petunjuk serta rahmat dan khabar gembira bagi orang-orang yang berserah diri. ~ (an-Nahl: 89)
__________________________________________________________________________
>Petikan dari novel Contengan Jalanan, Hlovate: I- FEND, chapter 34, page 186 - 189<
Ye.. Contengan Jalanan lagi... baru bace beberape page je rase dah terkena batahg hidung sendiri... rase diri dulu memang macam Fend.. Kalau cakap pasal lagu.. cakap la lagu jenis ape pon, dari zaman pop yeh yeh, rock kapak, hindustan, korea, jepun sume aku tibai.. sume layan.. masuk mood jiwang akan tune lagu jiwang2 karat.. masuk tune rock kapak, sume orang akan layan rock kapak dengan aku, sampai mood nak layan cite korea.. beratus-ratus jam duduk depan laptop layan jiwang sendiri tengok cerita korea pon tak rase pape.. xde nyesal lansung.. kalau x kenal mamat korea n jepun yang konon hensem-macho-suwit tu rase macam x up-to-date je.. sebab orang keliling sume tau.. haih.. padehal dorg tu bukannye kenal kita pon, kapir lagi satu hal..makan babi minum arak, buat ape la nak sanjung dorg.. kadang2 bila fikir balik, memang tak paham dengan diri sendiri.. tngk cerita sambil bengkak2 bijik mate... ko nanges ker? hmm.. sebab tngk cerita korea.. adei.. x berbaloi lansong!
Bila rasa macam dah sedar, pengaruh sekeliling sangat2 kuat.. Allah je tahu camne nak lawan.. try buang sume.. delete sume yang tak patot duduk dalam laptop ni.. Kalau la nanti mati tetibe, camne nak jawab depan Allah? Allah...
Kawan2 sume, mintak maaf banyak2.. Kalo ikut hati memang nak bawak korang sume rase ape yang diri ni rase.. Cubaan ajakan tu ada, tp... Memang diri sendiri pon tak kuat lagi time tu... Final Year in USIM membawa seribu 1 cerita..
oh.. x mampu nak sambung....
ps: post ke 100.











