Tuesday, June 21, 2011

KUASA kePEMIMPINan AL-FATEH : Kuasa Pemikiran Strategik


Assalamualaikum sume!! :D

Ade 12 Kuasa KePEMIMPINan Al-Fateh:


2- Kuasa Pemikiran Strategik
"Kita perlu bersiap sedia menghadapi mereka dengan segala kekuatan yang dapat kita sediakan. Sediakan pasukan berkuda yang gagah sehingga menggerunkan musuh Allah, musuh kita serta musuh-musuh lain yang kita tidak ketahui sedangkan Allah mengetahuinya" - Surah al-Anfal : 60 

Dalam sesuatu organisasi, STRATEGI bermaksud cara bagaimana pasukan dan organisasi mahu mencapai matlamatnya dengan mengenal pasti ancaman dan peluang di sekitarnya serta kekuatan dan kelemahan dalam organisasi sendiri. Dan satu perancangan yang stretegik mampu menjawab visi, iaitu dari segi bagaimana ia dapat dicapai, siapa yang ditugaskan untuk melaksanakannya dan bilakah akan disempurnakan. 

Objektif atau Visi pula bukanlah sekadar nasib, ia destinasi. Ia bukanlah arahan tetapi komitmen. Objektif tidak menentukan masa depan, tetapi ia adalah kaedah menguruskan sumber dan bagi melakar masa depan -- Peter Drucker

Muhammad bin Abdullah sendiri adalah contoh terbaik, betapa strategisnya baginda dalam peristiwa Hijrah. Sedangkan Rsulullah bukanlah orang biase, Rasulullah tak perlu bersusah payah pon nak rancang2 sume sebab Jibril sentiasa ade di belakang Nabi. Ape motif Rasulullah suruh Saidina Ali menggantikan tempat tidur baginda? Bukannye baginda tak boleh keluar tanpa ade org lain yang ganti tempat tidur baginda? Kenapa baginda pilih Saidina Ali? Kenap baginda datang ke rumah Saidina Abu Bakar pada waktu tengah hari? Kenapa Nabi keluar dari rumah Saidina Abu Bakar ikut tingkap bukan pintu? Kenapa Nabi menuju ke Gua bukan rumah persinggahan? Kenapa Nabi ikut jalan Selatan yang jauh? Kenape Abdullah bin Abu Bakar perlu jadi egen perisikan maklumat, padahal Nabi boleh berhubung terus dengan Allah? Kenape Asma bin Abu Bakar yang tua dan sedang hamil yang membawa makanan? Dan bnyk lagi persoalan2 lain yang membuktikan kebijaksaan Nabi dan kebesaran Allah... sedangkan, baginda seorang manusia yang tidak tahu membaca dan menulis bukan?

Dari Muhammad bi Abdullah kite beralih pula kepada Muhammad bin Murad. Baginda seorang yang bijak dan berstrategi. Baginda terlalu arif tentang kelebihan dan kelemahan musuh, begitu juga kelemahan dan kelebihan tentera baginda sendiri. Baginda mampu mengemukan penyelesaian di luar kotak pemikiran biasa. Dengan keadaan kota yang secara semulajadi dikelilingi 7 bukit dan keadaan muka bumi yang sukar, baginda menyediakan 150, 000 tentera Usmaniah dgn tentera terlatih yg mampu bertempur di kawasan sukar dgn barisan Jannisari berada di hadapan. Menyediakan armada laut yang cukup ampuh kerana dua pertiga sempadan kota adalah laut, adalah mustahil utk menawan kota itu tanpa armada laut yang kuat. Dua benteng kebal mengelilingi kota, tembok luar setinggi 25 kaki dan setebal 10m, tembok dalam setinggi 40 kaki dan setebal 15m, maka baginda menyuruh pakar senjata mencipta meriam gergasi Urban, dgn setiap tembakan menyebabkan tembok berlubang seluas 6 kaki. 3 rintangan rantai besi yang menghalang ke Tanduk Emas, baginda mengkaji ruang2 di atas darat dan pergerakan angin di sekitar Tanduk Emas. Rumeli Hissari juga dibina untuk menghalang serangan. Aspek motivasi tentera turut dijaga dengan peranan ulama dan gendang. Faktor kekalahan pimpinan dahulu turut dikaji dan memastikan kesalahan same tidak berulang! Baginda juga fokus dan persiapan tidak sampai 3 tahun pon....Tarikh memulakan serangan dan kepungan juga bukan saje2 dipilh, ade sebab dan faktor strategi juga kenapa tarikh itu dipilih. Ini kerana mereka percaya nasib mereka dilindungi kekuatan bulan purnama. Baginda yang juga pakar dalam bidang astronomi tidak mensia-siakan peluang gerhana bulan pada 22 Mei 1453..  Ternyata, kepercayaan mereka itu adalah petanda buruk bagi mereka dan semangat mereka jatuh sekaligus , kelemahan ini tidak disia2kan, dan Kota itu akhirnya jatuh ke tangan tentera Islam... Allahu Akbar!!

3- Kuasa Kreatif dan Inovatif
4- Kuasa Kerja Sepasukan
5- Kuasa Contoh
6- Kuasa Pidato Pengaruh
7- Kuasa Iman dan Tawakal
8- Kuasa Jihad dan Pengorbanan
9- Kuasa Diplomasi dan Kebajikan
10- Kuasa Bahasa
11- Kuasa Sentuhan Ulama
12- Kuasa Sistem Pendidikan Komprehensif

Puteri : Tempuran dan peperangan terdekat adalah berperang dengan nafsu sendiri! Nafsu yang ternyata sukakan hiburan yang melalaikan... huhu.... dan juga Profesional Exam yang tinggal setahun je lagi..*macam lame je lagi* Ape strategi yang bakal digunakan? Ancaman, peluang, kekuatan, kelemahan? Study alone, study group, diskusi,past year questions, prektis, prektis dan prektis dan FOKUS!!!!! *asal rse macam berterabur je sume nih?? haih!*

Allahua'lam, Wassalam....

Nota Hati : Hati tak mampu berkata-kata.. Soal hati, kadang-kadang akal tak bole nak cerna..Hanya hati yang mampu bace kate hati.....

No comments:

Post a Comment