Saturday, June 25, 2011

Malam 27 Rejab 620M, setahun sebelum hijrah...

Assalamualaikum w.b.t....

Sebagai manusia yang sering terlupe dan terleka.... Jom ingat2kan kembali.... Walau pon, 27 Rejab 1432H jatuh pada hari Rabu minggu depan, memandangkan minggu depan laptop dan blog ni bakal diabaikan dan ape salahnya kalau kite gune waktu lapang sebelum sibukkan.? So, ni kire wasiat terakhir la... ade jugak pekdah dan manfaatnye, sekurang2nya xde la ak cerita mende2 mengarot dekat korg2 yang bace secare senyap2 dan bising2 ke dalam belog ini..... kalo ditakdirkan ini pertemuan terakhir kite.... tsk..tsk...

1) Apakah itu Israk dan Mikraj?

Perkataan Israk berasal dari perkataan asra-yusrii-israan yang membawa maksud "berjalan pada waktu malam". Maksud Israk dalam peristiwa ini adalah perjalanan Nabi Muhammad SAW dari rumah Ummu Hani binti Abu Talib di Masjidil Haram, Makkah ke Baitul Maqdia di Palestin pada malam 27 Rejab.

Perkataan Mikraj berasal dari araja yang bermaksud naik. Maksud Mikraj dalam peristiwa ini ialah Nabi Muhammad SAW telah naik ke langit mengadap Allah SAW dan menerima perintah mengerjakan solat 5 waktu.

2) Apakah dalil yang menyatakan peristiwa Israk dan Mikraj ini?

Dalil Naqli peristiwa ini adalah berdasarkan firman Allah SAW dalam surah Al-Israa' ayat 1 yang bermaksud:

"Maha Suci Allah yang telah menjalankan hambaNya pada satu malam dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa yang telah kami berkati sekelilingnya, untuk kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda (kebesaran) Kami, sesungguhnya Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui"

Manakala hadis dari Rasulullah SAW bermaksud:

"Pada suatu ketika, waktu aku masih di Mekkah, atap rumahku tiba-tiba terbuka, iaitu Jibrail A.S turun dan membelah dadaku, kemudian dibersihkan dengan air zam-zam, sesudah itu diambilnya bejana emas penuh berisi hikmah dan iman lalu dituangkannya ke dadaku dan dipertautkannya. Kemudian dipegangnya tangan ku dan ia membawaku naik ke langit" (Hadis Riwayat Muslim)

3) Bilakan tarikh sebenar berlakunya Israk dan Mikraj?

Ulama berselisih pendapat tentang tarikh sebenar berlakunya Israk dan Mikraj. Walaubagaimanapun, jumhur ulama' bersependapat ia berlaku pada 27 Rejab tahun 620M bersamaan 1 tahun sebelum hijrah.

4) Apakah ia termasuk dalam mukjizat Nabi Muhammad SAW?

Mukjizat merupakan kejadian/kelebihan di luar kemampuan akal manusia yang tidak dimiliki oleh sesiapapun dan hanya dimiliki oleh para rasul yang diberikan oleh Allah SAW. Selain Al-Quran, peristiwa Israk dan Mikraj merupakan salah satu dari mukjizat Nabi Muhammad SAW.

5) Kenapa berlaku Israk dan MIkraj?

Peristiwa tersebut berlaku kerana beberapa faktor:

1. Pada tahun itu dikenali sebagai a'mulhazni (tahun dukacita) kerana Rasulullah SAW telah kehilangan dua orang tersayang iaitu bapa saudaranya Abu Talib dan isteri tercinta Saidatina Khadijah.
2. Rasullullah SAW menerima tentangan yang hebat dari kaum Quraisy dalam kegiatan dakwahnya kepada bangsa Arab jahiliyah. Baginda telah menuju ke Thaif untuk mencari perlindungan dan sokongan dari kabilah Tsaqif. Namun, seruan Islam baginda telah ditolak, malah mereka bertindak dengan kekerasan.

Oleh sebab itu, sebagai penawar, penghibur dan pengubat luka demi memperkukuh dan memperbaharui azam dalam melaksanakan tugasnya sebagai utusan Allah SAW.

6) Adakah Israk dan Mikraj yang berlaku kepada Nabi Muhammad SAW dengan roh dan jasad atau salah satu sahaja?

Jumhur Ulama' (kesepakatan ulamak) hadis (muhaddithin), fiqh (fuqaha) dan tauhid (mutakallimin) menyatakan bahawa Israk dan Mikraj Nabi Muhammad berlaku dengan roh dan jasadnya sekali. Ia juga dinyatakan Imam Nawawi dalam kitabnya Sarah Muslim.

7) Bagaimanakah peringkat2 Israk dan Mikraj Nabi Muhammad SAW?

Rasulullah SAW melalui 4 peringkat iaitu sebelum Israk dan Mikraj, semasa Israk, semasa Mikraj dan selepas Mikraj.

Sebelum Israk dan Mikraj

Rasulullah SAW mengalami pembedahan dada/perut yang dilakukan oleh malaikat Jibrail dan Mikail. Lalu dicuci dengan air zam-zam dan dibuang ketul-ketul hitam (alaqah) yang menjadi tempat syaitan menghembuskan sifat was-was. Lalu dituangkan hikmat, ilmu dan iman. Setelah itu dadaNya dijahit dan dimaterikan dengan "khatimin nubuwwah". Selesai pembedahan, Allah mendatangkan kenderaan Buraq untuk ditunggangi oleh Rasulullah SAW dalam perjalanan luarbiasa yang bernama Israk.

Semasa Israk

Sepanjang perjalanan itu baginda telah diiringi malaikat Jibrail dan Israfil. Apabila berada di tempat tertentu (mulia dan bersejarah), baginda telah di arah untuk bersolat dua rakaat. Antara tempat tersebut ialah:

1. Negeri Thoyyibah (Madinah) - tempat dimana Rasulullah SAW akan berhijrah
2. Bukit Tursina - tempat Nabi Musa menerima wahyu dari Allah SWT
3. Baitul Laham - tempat Nabi Isa dilahirkan

Sepanjang perjalanan itu juga Rasulullah SAW menghadapi gangguan suara-suara dari kiri dan kanan serta orang tua tetapi tidak dihiraukan oleh Baginda. Lalu diterangkan behawa suara2 ialah Yahudi dan Nasrani yang jika dijawab, nescaya umat Nabi Muhammad akan mengikut mereka. Manakala gangguan wanita adalah gambaran usia dunia dan jika sapaan itu dijawab oleh baginda, nescaya umat Muhammad akan lebih cenderung kepada dunia dan meninggalkan akhirat.

Disamping itu, baginda juga menyaksikan beberapa peristiwa dan gambaran menarik seperti yang diceritakan gambarannya oleh malaikat Jibrail iaitu:

1. Kaum yang bercucuk tanam dan terus menuai hasil mereka. Apabila dituai, ia akan mengeluarkan hasil semula. Lalu Jibrail memberitahu kepada Rasulullah SAW bahawa itu adalah satu kaum yang berjihad pada jalan Allah yang digandakan pahala kebajikan mereka. Subhanallah...

2. Tempat berbau harum. Malaikat JIbrail memberitahu bahawa itulah bau kubur Mashitah iaitu tukang sisir rambut anak Firaun bersama keluarga dan anak2 yang dibunuh oleh Firaun dengan dimasukkan kedalam kawah besar yang mendidih airnya. Dia tidak mengaku bahawa Firaun adalah tuhan dan tetap berdiri teguh dan beriman dengan Allah.

3. Sekumpulan orang yang sedang memecah kepala dan setiap kali pecah, ia akan bercantum semula. Ini adalah gembaran orang yang malas melaksanakan solat.

4. Sekumpulan orang yang menutup kemaluan dengan secebis kain. Mereka memakan bara api dan batu neraka jahanam dan dihalau seperti binatang. Ini adalah gambaran orang yang tidak mengeluarkan zakat.

5. Satu kaum lelaki dan perempuan yang memakan daging mentah walaupun ada daging yang masak disisi. Ini adalah gambaran lelaki dan wanita yang melakukan zina walaupun mereka telah berkahwin.

6. Lelaki yang berada di dalam sungai darah dan dilontarkan batu kepadanya. Sebahagian pula berperut buncit seperti rumah dan memasukkan bara api ke dalam mulut. Ini gambaran orang yang makan riba.

7. Lelaki yang menghimpun seberkas kayu sehingga tidak terdaya memikulnya tetapi tetap ditambah lagi. Ini adalah gambaran orang yang tidak mampu menunaikan amanah tetapi masih mahu menerimanya lagi.

8. Satu kaum yang menggunting lidah dan ia akan kembali bercantum selepas itu yang memberi gambaran orang yang suka membuat fitnah!

9. Kaum yang mencakar muka dan dada dengan kuku yang memberi gambaran manusia yang suka mengumpat dan menjatuhkan maruah orang lain.

10. Seekor lembu jantan keluar dari lubang yang kecil dan berusaha memasuki lubang itu semula. Ini adalah gambaran orang yang bercakap besar lalu menyesal tetapi sudah terlambat.

Setelah sampai di Masjidil Aqsa, baginda telah menambatkan Buraq di tempat yang lazimnya oleh nabi2 sebelum ini. Nabi memasuki Masjidil Aqsa bersama malaikat Jibrail lalu bersolat sunatl dua rakaat yang diimami oleh baginda. Manakala para malaikat dan nabi2 sebelumnya menjadi makmum.

Apabila selesai, baginda terasa dahaga lalu datang malaikat Jibrail mambawa bekar berisi susu dan arak seraya mempersilakan Nabi untuk memilih mana yang disukainya. Nabi memilih bekas yang berisi susu. Lantas Jibrail menerangkan, "sesungguhnya tuan telah memilih fitrah, sekiranya tuan mengambil arak nescaya umat tuan akan sesat".

Semasa Mikraj

Semasa meminum susu dari bejana, baginda meneruskan perjalanannya ke langit pertama ditemani malaikat Jibrail. Di langit pertama, baginda bertemu bapa seluruh manusia iaitu Nabi Adam. Nabi Adam didapati sedang duduk di satu tempat dengan dikelilingi manusia yang senyum di sebelah kanan dan menangis di sebelah kiri. Maka diterangkan oleh Jibrail bahawa manusia yang senyum itu adalah cucu Adam yang akan memasuki syurga dan manusia yang menangis pula ialah mereka yang akan masuk neraka. Di langit kedua, Nabi Muhammad bertemu dengan Nabi Isa ibnu Maryam dan Nabi Yahya A.S.

Di langit ketiga, Baginda ditemukan dengan Nabi yang mempunyai rupa paras yang cantik iaitu Nabi Yusuf

Di langit keempat, Baginda bertemu dengan Nabi Idris A.S

Di langit kelima, Baginda bertemu dengan Nabi Harun A.S

Di langit keenam, Nabi Muhammad SAW bertemu Nabi Musa A.S

Di langit ketujuh, Nabi Muhammad SAW bertemu dengan Nabi Ibrahim Khalilullah yang sedang bersandar di Baitul Makmur. Baginda memasuki Baitul Makmur dan sembahyang didalamnya iaitu satu tempat dimana saban hari terdapat 70 juta malaikat bersolat.

Akhirnya, sampailah pengembaraan Nabi Muhammad SAW di satu tempat bernama Sidratul Muntaha. Pada ketikat itu, Rasulullah SAW semakin dekat dengan TuhanNya tanpa ditemani oleh malaikat Jibrail lagi. Dekatnya baginda dengan Allah SWT umpama jarak anak panah sebagaimana dijelaskan surah An Najm ayat 8-9 yang bermaksud:

"Kemudian ia mendekatkan dirinya (Nabi Muhammad SAW) lalu ia berjuntai hingga menjadilah jarak (diantaraNya dengan Nabi Muhammad SAW) sekadar dua hujung busaran panah atau lebih dekat lagi".

Rasulullah menghampirkan diri ke hadrat Allah SWT dengan penuh hormat takzim dengan mengucapkan, "segala penghormatan, kemuliaan dan keagungan hanya milik Allah" Dengan jawapan yang kudus, Allah SWT berfirman " Assalamualaikum Aiyuhannabiyu WarahmatulAllahiWabarakatuh"

Dengan kalimah2 yang khusyuk dan syahdu, Rasulullah SAW mengucapkan "Assalamualaina waala ibadillahis solihin". Kemudian para malaikat serentak mendoakannya.

Ungkapan bersejarah ini kemudian diabadikan sebagai bacaan tasahud (tahiyat) dalam sembahyang.

8) Dalam Mikraj baginda, Rasulullah SAW menerima peristiwa perintah solat. Bagaimana urutan peristiwa itu?

Selepas dialog tersebut, Allah memberi perintah solat fardu untuk diriNya dan umatnya sebanyak 5o waktu sehari semalam. Setelah itu, baginda turun dan tiba dilangit ketujuh dan berjumpa Nabi Musa A.S, lantas ditanya, "Gerangan apakah yang telah engkau terima dari Tuhanmu?" Lantas dijawab oleh baginda "bahawa aku dan umatku telah diperintahkan solat 50 waktu sehari semalam".

Berkata Nabi Musa A.S, "Kembalilah kepada TuhanMu dan pintalah keringanan, kerana umat tuan tidak terdaya mengerjakannya, saya telah cuba sebelum tuan" Lalu Nabi Muhammad SAW kembali menemui TuhanNya untuk meminta dikurangkan. Setelah dapat dikurangkan, maka baginda bertemu lagi Nabi Musa A.S dan beliau meminta dikurangkan lagi. Nabi Muhammad berulang-alik sebanyak 9x sehingga akhirnya Allah perkenankan 5 waktu sehari semalam.

Namun Nabi Musa A.S terus meminta dikurangkan lantas dijawab oleh Nabi Muhammad SAW; "Aku telah redha dan terima serta berasa malu untuk meminta dikurangkan lagi. Sesungguhnya sembahyang 5 waktu itu ganjarannya sama seperti 50 waktu".

9) Apa pula yang berlaku selepas Mikraj?

Nabi Muhammad SAW turun ke langit dunia dan sampai Baitul Maqdis. Dengan tunggangan Buraq bersama malaikat Jibrail terus menuju ke Mekah sebelum waktu Subuh. Baginda sampai di rumah Ummu Hani bin Abi Talib, sepupu baginda. Ummu Hani menceritakan:

"Rasulullah SAW diisrakkan adalah dari rumahku sendiri kerana dia bermalam di rumahku malam ini. Baginda SAW solat Isyak bersama kami. Setelah datang waktu sebelum fajar menyinsing, Rasulullah SAW membangunkan kami. Setelah itu, kami sembahyang Subuh bersama. Setelah selesai so;at, baginda berkata kapadaku: "Hai Ummu Hani, malam tadi aku solat Isyak bersama kamu di lembah ini, kemudian aku pun pergi ke Baitul Maqdis. Di sana aku pun sembahyang. Sekarang aku bersembahyang Subuh bersama kalian kembali" (Riwayat Ummu Hani)

Pagi-pagi selepas Israk dan Mikraj itu, baginda telah menwar-warkan peristiwa yang dialami tetapi orang Quraisy telah mengejek dan menganggapnya sebagai dusta terutamanya Abu Jahal. Ini juga menyebabkan segolongan manusia menjadi murtad.

Saidina Abu Bakar yang menerima perkhabaran itu telah menemui Rasulullah SAW. Baginda bertanya adakah mengakui kebenaran cerita itu?. Maka Abu Bakar berkata, "Kalau Muhammad berkata demikian, tentu benar di dalam perkataannya dan aku benarkan dia (Muhammad) dalam urusan yang jauh dari itu. Aku benarkan dia (Muhammad) dalam urusan wahyu dari langit." Semenjak dari itu, Abu Bakar telah digelar As-Siddiq bermaksud sangat membenarkan oleh Rasulullah SAW..

10. Apakah pengajaran2 yang penting dari peristiwa ini?

1. Setiap ujian yang ditempuh dengan kesabaran pasti akan menikmati kemanisannya seperti Rasulullah SAW yang dianugerahkan Israk dan Mikraj
2. Kekuatan ekonomi, politik dan akidah memainkan peranan penting menentukan kelancaran gerakan dakwah Islam.
3. Perintah solat merupakan ibadah yang paling tinggi tarafnya kerana diterima terus oleh Rasulullah SAW tanpa melalui perantaraan malaikat Jibrail
4. Manusia harus menghindari dari 3 musuh utama yang boleh merosakkan iaitu Yahudi, Nasrani dan keduniaan.
5. Seluruh nabi2 terdahulu mengiktiraf dan menyerahkan kuasa pemerintahan dunia kepada Rasulullah SAW sebagai utusan terakhir.
6. Peristiwa Israk dan Mikraj menjadi titik tolak mengukuh akidah umat Islam dan diterima dengan Iman yang mantap.
7. Israk dan Mikraj menjadi pencetus semangat untuk meneroka ilmu termasuk sains dan teknologi seperti ilmu angkasa lepas yang terlebih dahulu dipelopori oleh Rasulullah SAW.

source

Wallahua'lam.....

Rujukan: Pamplet 10 Soalan tentang ISRAK & MIKRAJ, Bahagian Dakwah Jabatan Agama Islam Selangor..

P/s: Ucapkan tahniah kepada diri anda kerana telah berjaya bace sampai habes dan membuat sesuatu yang bermanfaat sekurang2nya utk diri sendiri dan kemudian disebarkan kepada orang lain...

No comments:

Post a Comment