Saturday, June 18, 2011

KUASA kePEMIMPINan AL-FATEH

Assalamualaikum.... :D

Rasenye hampir setahun buku ni dah dibeli dari penulisnya sendiri, Ustaz Muhammad Syaari Abdul Rahman.. oh, ye... Saye menulis mengenai buku lagi.. Bosan? tidak mengapa... anda tidak perlu meneruskan pembacaan... tapi, sekurang-kurangnye, kalau anda meneruskan pembacaan mungkin ade jantung yang bakal berhenti berdegup? untuk sementara waktu atau selamanya...mungkin..

Selepas setahun, disebabkan faktor2 yang direka cipta sendiri, baru berjaya mengkhatamkan buku ni utk pertama kalinya... Sejak dari beli hari tu, dah start dah bace, tp separuh jalan je... tak tau la sebab ape.. sebab perasan sibuk kot.. Atau sibuk dengan mende2 lain yg lebih menyeronokkn dan melekakan. mungkin.. 

Selepas dose pertama, yg semakin kurang keberkesanannye, sye mendapat 1st booster, yang merelakan saye untuk memulakan pembacaan dari awal...tapi, nampak gayanye kadar penghasilan antibodi masih pada kelajuan yg kurang memberangsangkan.. dan kemudian saye mendapat second booster dari gambar2 dan pengalaman seorang teman yg sudah menjejakkan kaki ke sane.... Dan hati semakin melonjak2 untuk melihat sendiri keagungan Islam di Bumi Turki itu... Akhirnye, berjaya juga menamatkan pembacaan. Kalau ade rezeki, InsyaAllah akan bermusafir dan berjalanlah diatas muka bumi ciptaan Tuhan ini... Sementara itu, biarlah hati-hati yang gersang dan akal-akal yang masih waras ini menghadam dan mengambil ibrah dari sejarah masa lampau yang tidak pernah wujud dalam kotak pemikiran ini sejak pertama kali paru-paru ini mengembang dengan sedutan nafas yang pertama dan ketika jantung ini pertama kali berdenyut mengepam darah ke seluruh anggota... hehe..

Kalo nak cerita every details pasal buku ni, mungkin entry ni akan manjadi sangat2 panjang, kalo nak dibuat perbandingan samelah panjangkan dengan 12 mukasurat kertas A4, dgn menggunakan font 12 Times New Romance, single spacing... So, jom kite overview dulu....

Ade 12 Kuasa KePEMIMPINan Al-Fateh yang cuba ditonjolkan oleh penulis...

1- Kuasa Semangat Pemuda
2- Kuasa Pemikiran Negatif
3- Kuasa Kreatif dan Inovatif
4- Kuasa Kerja Sepasukan
5- Kuasa Contoh
6- Kuasa Pidato Pengaruh
7- Kuasa Iman dan Tawakal
8- Kuasa Jihad dan Pengorbanan
9- Kuasa Diplomasi dan Kebajikan
10- Kuasa Bahasa
11- Kuasa Sentuhan Ulama
12- Kuasa Sistem Pendidikan Komprehensif

InsyaAllah saye akan kongsikan rumusan utk setiap kuasa itu pada 12 entry akan datang.... InsyaAllah... tu pon kalo tak perasan sibuk lepas ni..Al-maklumla, cuti 'riang-ria' ni pon berbaki beberapa hari je lagi... pejam-celik pejam-celik, tetibe dah ade kat hospital je nanti... Buat ape kat hospital? Wallahua'lam... Semoga diberi kekuatan untuk menghadam buku ini untuk kali ke2 bersama2 anda semua.... :D

Wassalam....

NOta Kaki : Menyibukkan diri dengan perkara2 aneh yang tak pernah terlintas difikiran aka bende2 yang tak pernah dibuat sebelum ini tetapi menyeronokkan, adalah terapi yang berkesan untuk melupakan seseorang yang mungkin memang layak untuk kita lupakan.. Mungkin.

3 comments:

  1. wah macam menarik je buku ni. nanti nak pi beli la. walaupun sy dah pernah jejak kaki kat tanah ni. tapi, sy rasa mcm nak pergi lagi, sbb tak gunakan peluang yg dpt sblm spenuhnya.
    menanti 12 post "kuasa" akk yg akan dtg ^^

    ReplyDelete
  2. @akai: menarik2... dah pernah pergi?? bestnyerrr~~ thx 1000X ni yg semangat nih!! :D

    @Faizanee: Sile la bace ye....

    ReplyDelete